[VIDEO] Buat Muka Comel Konon Nak Pujuk Ayah Main Dekat Luar, Tapi Ending Pula Undang Tawa
Ish, terus tak jadi nak marah sebab comel sangat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti anda yang mempunyai anak kecil sudah 'masak' dengan telatah mereka yang banyak akal bukan?
Ada saja idea mereka untuk mencuit hati si ibu dan ayah sehingga kadangkala nak marah pun tak jadi kerana telatah si kecil yang comel.
Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang kanak-kanak perempuan membuat muka comel untuk memujuk ayahnya supaya dapat bermain di luar mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna taktik nak pujuk ayah siap buat buat muka cute dekat sliding door tapi tak menjadi
Menerusi perkongsian video daripada Mommy Sofea, kelihatan si kecil itu sedang berada di luar pintu rumahnya seperti tidak mahu masuk ke dalam walaupun disuruh ayahnya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Sofea siap membuat mimik muka comel dengan melekatkan mukanya pada sliding door.
Sofea seolah-olah ingin meminta belas kasihan daripada ayahnya agar dia dapat bermain lagi di luar rumah.
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Namun, ayahnya yang tidak termakan dengan taktik si anak mula mengira dari nombor lima sehingga satu supaya anaknya itu masuk ke dalam rumah memandangkan waktu sudah menjelang Maghrib.
Di hujung video, Sofea menepuk tangan sambil membuat suara geram kerana tidak berjaya memujuk ayahnya itu.
Image via @mommy.sofea (TikTok)
"Comelnya eeeee macam sticker budak Korea kat WhatsApp tu dah" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih sehingga 1.2M views, 123.1K likes dan 4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut cair melihat gelagat comel si cilik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Image via @mommy.sofea (TikTok)
Lepas ni kena cuba taktik lain pula nak pujuk ayah ya adik comel :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment