[VIDEO] Buat Muka Tak Bersalah, Pemandu Bas Bengang Lelaki Selamba Parkir Di Tempat Bas
Tak minta maaf pula tu.
Sebagai pengguna di jalan raya, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama mematuhi peraturan yang ditetapkan
Tambahan lagi bagi pemandu kereta kerana kini banyak kemalangan yang berlaku sehingga boleh meragut nyawa.
Malah, di jalan raya kita perlulah bertolak ansur dan peka dengan apa yang ada di sekeliling. Jangan bersikap mementingkan diri sendiri sehingga boleh menyusahkan orang lain.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila pemilik kenderaan selamba memakir keretanya di kawasan perhentian bas telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Selamba parkir tempat bas tanpa meminta maaf
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemandu bas itu berkongsi situasi semasa dia ingin memasuki petak kawasan bas di sebuah jalan.
Namun, dia dihalang dek kerana terdapat sebuah kereta yang memakirnya di situ. Situasi itu membuatkan pemandu bas terpaksa hon dan menunggu sehingga pemilik kenderaan mengalihkan keretanya.
Malah, sebaik saja pemilik kereta itu datang. Dia dengan selamba memasuki keretanya seperti biasa tanpa rasa bersalah dan meminta maaf.
Image via @harimauutarazuro (TikTok)
"Pakai 4 mata pun tak nampak lagi tulisan sebesar alam tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 41.8K views, 630 likes dan 120 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @harimauutarazuro (TikTok)
Image via @harimauutarazuro (TikTok)
Image via @harimauutarazuro (TikTok)
Image via @harimauutarazuro (TikTok)
Image via @harimauutarazuro (TikTok)
Atleast minta lah maaf dah salah tu :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment