seismik

"Mamak Pun Tak Berani Tegur Saya" - Lelaki Mengamuk Selepas Ditegur Merokok Di Kedai Makan

Terang-terang ada larangan merokok dekat situ.

Cover image via Twitter

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa sejak 1 Januari 2019

Hal ini kerana ia bertujuan melindungi orang awam daripada kesan buruk akibat daripada asap rokok. Terutama bagi kanak-kanak, warga emas dan wanita mengandung.

Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab adalah perlu untuk kita mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berang selepas ditegur kerana merokok di kedai makan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Lelaki marah remaja sebab berani tegur dia merokok

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki memarahi seorang remaja selepas dia ditegur kerana merokok di kedai makan.

Akibat daripada itu, dia merasa tidak berpuas hati dan terus naik angin. Difahamkan, lelaki yang sudah berumur berkenaan datang di meja makan sebelum dia dimarahi selain turut mempersoalkan tindakan menegurnya.

"Awak ni pegawai apa? Pekerja kat kedai ni pun tak berani nak tegur sayalah,” kata lelaki tersebut.

Pertengkaran itu kemudiannya dileraikan seorang lagi individu di lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Image via Twitter

"Teruskan menegur dik. Tahniah atas keberanian anda" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut membidas sikap lelaki berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 7,481 retweets dan 14.5K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Benda memang dah terang-terang tak boleh merokok, tapi dia buat juga. Tak apa dik, awak tak salah ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: