[VIDEO] Budak Biadab Naik Badan Jemaah Wanita Tengah Solat, Siap Tampar Kepala Lagi
Ramai yang mengecam tukang rakam sebab tak tegur.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua umat Islam tak kira lelaki atau wanita pasti ingin mengerjakan solat tarawih berjemaah di surau dan masjid pada bulan Ramadan ini
Tidak dinafikan juga, mak ayah yang pergi solat tarawih akan membawa anak-anak mereka sekali untuk mengelakkan mereka bersendirian di rumah.
Namun, sering kali kita terdengar yang kanak-kanak di masjid ini suka bermain dan agak nakal.
Sama seperti apa yang terjadi baru-baru ini apabila salah seorang budak lelaki dilihat memanjat badan jemaah wanita sambil menampar kepala orang lain.
Tindakannya itu sangat tidak sopan sehingga menimbulkan kemarahan orang awam.
Image via @ricxxxkiddo (X)
Ada juga yang mengecam si perakam kerana tak tegur
Video yang berdurasi 35 saat itu diyakini dirakam oleh salah seorang wanita yang berada di saf belakangnya.
Ramai yang bertindak mengecam wanita itu kerana tidak menegur budak lelaki tersebut dan sibuk merakam.
"Ya Allah, sakit pulak hati tengoknya. Tukang rakam pun tak menegur, seronok merakam" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 4.9K reposts dan 3K tanda suka di X, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Image via @ricxxxkiddo (X)
Image via @ricxxxkiddo (X)
Lihat video penuh itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment