seismik

[VIDEO] Ustaz Kekal Tenang Imamkan Solat Tarawih Walaupun Diganggu ‘Sesuatu’

Banyak pahalanya.

Cover image via @mynewshub (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam

Pada bulan mulia ini, ramai berlumba-lumba mengerjakan ibadah terutamanya pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Tarawih. Solat Tarawih kebiasaanya didirikan di masjid dan bacaan surah yang merdu oleh imam memang sangat tenang didengar.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang imam telah diganggu 'sesuatu' ketika dia mengimamkan solat Tarawih.

Image via @mynewshub (X)

Cengkerik masuk dalam jubah ustaz

Melalui video itu, dapat dilihat solat imam tersebut terganggu di mana dia seperti sedang menangkap sesuatu di dalam jubahnya. Rupa-rupanya ada cengkerik yang masuk ke dalam jubahnya.

Namun begitu, tetap ramai memuji ustaz tersebut kerana dalam keadaan terganggu, dia masih boleh membaca surah dengan lunak dan merdu seolah-olah tiada gangguan.

Bagus ustaz tu, kalau orang lain mungkin dah cabut dulu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: