[VIDEO] Christy Ng Dirikan Surau Dekat Office Untuk Staf Muslim - "Solat Jangan Tak Solat"
Bagusnya, surau dia pun cantik dan selesa!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usahawan pereka beg tangan dan kasut, Christy Ng baru-baru ini meraih pujian rakyat Malaysia selepas beliau berkongsi usahanya mendirikan surau buat pekerja Muslim di syarikatnya
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Christy menunjukkan proses dari mendirikan surau di ofisnya dari awal hingga akhir.
Menurutnya, ruang itu dahulunya adalah bilik kosong yang terbiar. Memandangkan surau lama agak sempit, dia memutuskan untuk menjadikan bilik kosong itu sebagai surau baharu demi keselesaannya pekerjanya.
Image via @christyemilylove (TikTok)
Image via @christyemilylove (TikTok)
Pilih konsep hijau rimba untuk menggambarkan ketenangan dan hadiahkan telekung Siti Khadijah untuk staf
Bukan saja menyediakan ruang solat yang cantik dan selesa, Christy juga menghadiahkan telekung dan jubah Siti Khadijah untuk stafnya.
Christy sempat meminta pekerja Muslimnya mendoakan agar syarikat berkenaan sentiasa diberkati dan dirahmati.
"Biar kita semua dalam lindungan-Nya. Kewajipan Christy sebagai majikan dah ditunaikan. Tinggal kewajipan masing-masing. Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja," katanya.
Image via @christyemilylove (TikTok)
Image via @christyemilylove (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment