Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Conteng Perkataan Anti-Kerajaan, Pemuda Selamba Bakar Kereta Polis Bantuan Ditahan

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Mutiara Damansara.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak membakar sebuah kereta polis bantuan

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Mutiara Damansara. Lelaki tersebut siap memuat naik rakaman video berdurasi lima saat yang memaparkan dia bersama kenderaan sedang terbakar.

Menurut sumber, lelaki berkenaan turut membuat hantaran 'berpuas hati dapat membakar kereta polis #polistakdekeje'.

Suspek disyaki menconteng perkataan anti-kerajaan di hentian bas di lokasi.

Image via @MALAYSIAVIRALLL (X)

Image via @HarizMohdWrites (X)

Pihak polis mengesahkan lelaki tersebut telah pun ditahan

Menurut sumber, polis mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing selepas didapati membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 1.52 pagi tadi.

"Susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar," katanya.

Motif suspek berbuat demikian masih belum dikenal pasti lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment