[VIDEO] Dapat Air Percuma Guna Loghat Kelantan, Tindakan Remaja Ini Buat Netizen Cemburu
Geng Kelantan boleh 'relate'.
Penggunaan loghat bahasa setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri
Seronok sebenarnya jika kita mengambil peluang untuk mempelajari loghat-loghat bahasa negeri di Malaysia terutama sekali pada kawasan belah pantai timur.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, rakaman tersebut menunjukkan tentang seorang remaja lelaki yang mendapat minuman secara percuma kerana menggunakan loghat Kelantan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Orang lain minum kena bayar, dia seorang sahaja yang dapat percuma
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @acapdoss di TikToknya, remaja tersebut bertuah kerana mendapat minuman secara percuma dengan hanya menggunakan loghat Kelantan ketika membeli makanan.
Lebih menarik lagi, rakannya yang lain perlu membayar harga tersebut seperti biasa.
Namun, rata-rata warganet menganggap perkara tersebut sebagai kebiasaan bagi orang Kelantan yang berniaga di kawasan KL dan Selangor.
Image via @acapdoss (TikTok)
Image via @acapdoss (TikTok)
Image via @acapdoss (TikTok)
"Kita kena start belajar bahasa Kelantan untuk mendapat ganjaran hidup" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berkongsi pengalaman ketika berurusan jual beli dengan orang Kelantan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 368.6K views, 33.6K likes dan 306 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen daripada warganet di TikTok:
Image via @acapdoss (TikTok)
Image via @acapdoss (TikTok)
Image via @acapdoss (TikTok)
Seronok betul jadi orang Kelantan, hari-hari dapat diskaun :')
Image via gfycat.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment