seismik

“Rela Tak Pakai” - Tindakan Lelaki Jadikan Baju Hujan Tempat Alas Duduk Raih Tawa Ramai

Bukan macam tu bang cara gunanya.

Cover image via @rexxx.003 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Biarpun hujan panas, penyokong setia tetap hadir memberikan sokongan penuh buat pasukan tercinta

Kehadiran para penyokong sebagai 'pemain ketiga' turut memberi impak yang besar dalam satu perlawanan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan tindakan seorang lelaki yang menggunakan plastik untuk berteduh sebagai alas tempat duduk ketika menonton satu perlawanan bola sepak di stadium.

Lihat video penuh di bawah:

@rexxx.003 Hujan@TRW kelantan FC @KelantanUtdFC_Official suara asli - I' M Gonna be a star - EVOS ALIFF

Sepatutnya plastik itu dijadikan sebagai alas kepala untuk berteduh daripada hujan, tetapi lain pula yang jadinya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rexxx.003 di TikToknya, rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang duduk berlapikkan plastik yang sepatutnya digunakan sebagai alat berteduh.

Walaupun cuaca ketika itu dilihat agak kurang baik dan berhujan, reaksi lelaki tersebut tetap santai menonton perlawanan bola sepak di antara Kelantan United FC menentang TRW Kelantan FC baru-baru ini.

Gelagat lelaki berkenaan turut meraih tawa daripada para warganet kerana tindakannya itu dilihat sangat melucukan.

"Seluar mahal, itu yang kene jaga elok-elok" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur dengan karenah lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 308.6K views, 3963 likes dan 25 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di laman sosial itu:

Fokus sangat dekat game, sampai hujan pun dia tak endah :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: