[VIDEO] Edit K-Drama Ala Slot Akasia, Nama Watak & Tajuk Pula Buat Ramai Gelak Sakan
Tajuk dia memang tak boleh brain.
Tidak dinafikan, K-Drama sememangnya sudah sebati dengan penonton di Malaysia
Ramai lebih memilih untuk menonton drama-drama terbitan Korea dan luar negara yang lain kerana jalan cerita serta plot twist mereka yang menarik.
Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video K-Drama yang disunting menjadi ala-ala drama slot Akasia di TV3 telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cara editing dah menarik, sekali tajuk drama pula bikin dekah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bulgasal_mah, pengguna TikTok tersebut telah menyunting sebuah K-Drama menjadi ala-ala drama di slot Akasia TV3.
Apa yang menarik tumpuan adalah cara penyuntingannya betul-betul menjadi dan kena dengan tema TV3. Kalau anda merupakan peminat tegar slot Akasia, mesti anda akan mengatakan editing itu kena.
Tetapi, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila nama-nama pelakon, penerbit dan tajuk drama tersebut dilihat sangat kelakar. Salah satunya, tajuk drama itu adalah 'Ayang Untuk Abe Wiwi'.
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
"Sebagai fans K-Drama saya approved, hahaha sumpah macam drama TV3" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 579.6K tontonan, 76.8K tanda suka serta 3.5K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat suntingan oleh pengguna itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Image via @bulgasal_mah (TikTok)
Kreatif betul siapa yang edit ni, serius nampak macam drama TV3 petang-petang tu :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment