[VIDEO] Gadis Ikut Trend Konon Nak Salam Tangan 'Suami', Tapi Reaksi Si Ibu Pula Cuit Hati
Mak dia pelik je tengok.
Banyak trend di TikTok sekarang kita boleh lihat menjadi ikutan ramai, terutama sekali bagi golongan muda
TikTok bukan saja ada konten hiburan tetapi juga ada konten ilmiah yang kita boleh lihat. Namun begitu, trend dan benda viral memang tidak boleh lari dari teknologi hari ini.
Semua orang pasti mahu melakukan juga supaya tidak ketinggalan. Seperti trend pada hari raya lalu di mana konten suami isteri bersalam-salaman di pagi raya telah menjadi ikutan ramai.
Sama juga seperti gadis ini yang konon-kononnya mahu menyalam tangan suami 'halimunannya' telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Muka mak dah pelik tengok anak salam seorang
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis semasa itu sedang berada di ruang tamu rumah bersama dengan ibunya.
Namun, dia kemudian pergi ke kerusi dan menunduk konon-kononnya sedang bersalam dengan seseorang.
Situasi itu membuatkan si ibu pelik melihat anaknya dan tergelak kecil melihat reaksi gadis berkenaan.
Image via @miss_qila (TikTok)
"Kena bawa berubat kampung ni kak" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 147K views, 7,608 likes dan 270 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @miss_qila (TikTok)
Image via @miss_qila (TikTok)
Image via @miss_qila (TikTok)
Image via @miss_qila (TikTok)
Risau maknya pun tengok anak dia :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment