[VIDEO] Gara-Gara Makanan Lambat Sampai, Pekerja Kedai Habis Dibelasah Pelanggan
Lapar sangat ke.
Dua orang pekerja di sebuah kedai makan membuat aduan selepas dipukul teruk oleh pelanggan mereka
Difahamkan, pengadu yang merupakan pemilik kedai mengadu pekerjanya telah dipukul dan peralatan kedai makan dirosakkan.
Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku semasa pekerja pengadu sedang membuat persiapan untuk memulakan perniagaan telah didatangi seorang lelaki dikenali yang membuat pesanan minuman pada pukul 6 pagi.
Suspek pada awalnya beredar setelah pesanannya diterima namun datang semula setengah jam kemudian sebelum memaki hamun pengadu dengan perkataan kesat dan memukul kepala mangsa menggunakan sebatang penyapu.
Lihat video itu di bawah:
Sudah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan
Menerusi sumber, suspek beredar setelah pesanannya diterima namun datang semula setengah jam kemudian sebelum memaki hamun pengadu dengan perkataan kesat dan memukul kepala mangsa menggunakan sebatang penyapu.
Ekoran daripada kejadian tersebut, dua orang pekerja pengadu telah mengalami kecederaan ringan di kepala dan belakang badan serta disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.
Pihak polis juga telah merampas sebatang cota dan sebuah topi keledar berwarna biru yang digunakan semasa kejadian.
Dianggarkan pengadu telah mengalami kerugian bernilai RM12,000 akibat kejadian terbabit.
Image via Twitter
Benda boleh bincang, janganlah sampai pukul :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment