seismik

"Merisaukan" - Tular Video Sekumpulan Lelaki Berzikir Sambil 'Menari' Di Tanah Perkuburan

Menakutkan.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketika menziarahi kubur, kita sebagai umat Islam mestilah menjaga adab kita

Ziarah kubur ini termasuk dalam kegiatan yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk saling mendoakan orang-orang yang telah meninggal dunia.

Malah, ia juga akan lebih mengingatkan kita kepada kematian yang perlu direnung setiap manusia.

Baru-baru ini, tular tindakan sekumpulan lelaki berzikir dengan kuat dan lantang sambil mengelilingi Makam Tok Kenali, Kota Bharu telah menjadi perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Cicit tampil beri reaksi selepas melihat video itu

Selepas tularnya video berkenaan, cicit kepada Tok Kenali, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi menjelaskan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir beramai-ramai dengan kaedah luar daripada kebiasaan bukan ajaran ulama terkenal itu.

Menurut beliau, sebagai wakil keluarga Tok Kenali menasihatkan kepada orang ramai yang mahu mengunjungi kubur ulama terkenal itu supaya menjaga adab dan akhlak ketika berada di kawasan itu.

Ujarnya, adab itu selari dengan apa yang diajar oleh alim ulama dengan caranya bersopan santun dah tidak berlebih-lebihan.

Lihat video itu di bawah:

@pondoktokkenaliofficial Fitnah akhir zaman, isu viral di makam Tok Kenali baru-baru ini dan penjelasan oleh Ustaz Hafiz Hukmi, Pengerusi Pondok Tok Kenali (Cicit Tok Kenali) #UHAK #viral #pondoktokkenali original sound - Pondok Tok Kenali

Alamak, takkan sampai macam itu sekali. Takut :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: