[VIDEO] Gara-Gara Selalu 'Tak Habiskan Makanan', Lelaki Ini Tinggalkan Awek Masa Dating
Benda boleh bincang.
Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pasangan di luar sana jika keluar untuk dating pastinya akan singgah makan di restoran untuk meluangkan masa bersama
Lebih-lebih lagi kalau singgah makan di shopping mall, harga makanan restoran di sana agak mahal berbanding restoran atau warung di tepi jalan.
Si lelaki biasanya tidak kisah untuk berbelanja lebih sedikit kerana ingin memenuhi kehendak teman wanita mereka yang kadangkala craving mahu makan pelbagai makanan.
Namun lain pula ceritanya dengan pasangan ini apabila video yang dimuat naik oleh seorang wanita telah tular di laman TikTok dengan kapsyen "kalau makan tak pernah habis".
Lihat video tersebut di bawah:
Selalu makan tak habis, akhirnya kena tinggal dengan teman lelaki masa tengah dating
Menerusi video yang berdurasi 14 saat itu, kelihatan dia sedang keluar dating dan singgah makan di sebuah restoran mahal bersama teman lelakinya.
Namun makanan yang dipesan tidak habis dan dia hanya membiarkan sisa hidangannya dalam portion yang masih banyak kerana masih kenyang.
Di akhir video tersebut, dia tiba-tiba mendapat mesej daripada teman lelakinya yang berkata lain kali tidak perlu keluar makan kerana dia sakit hati melihat banyak sisa makanan yang tidak habis.
Gadis itu pula membalas dengan ucapan maaf dan janji itu kali yang terakhir kerana dia boleh muntah kalau dipaksa makan ketika itu sebelum dia ditinggalkan oleh teman lelakinya.
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
"Lain kali kalau laki belanja makan, habiskan. Diorang tak mintak bayar sesen pun" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang sehingga kini meraih 3.6 juta tontonan dan 285,000 tanda suka di TikTok, gadis itu dihujani lebih 27,000 komen daripada netizen yang menghentamnya.
Antara komen daripada netizen:
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Image via @jiihanaa_ (TikTok)
Pengajarannya dekat sini, hargailah pasangan masing-masing sebab bukan senang nak kumpul duit tau :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment