[VIDEO] Gelagat Bayi Selamba Jeling Maut Dekat Ayah Lepas Kena Marah Ini Undang Tawa Ramai
Amboi dia tu!
Setiap kanak-kanak mempunyai telatah lucu mereka yang tersendiri
Hanya ibu bapa saja yang tahu bagaimana nak melayan kerenah mereka apabila sedang moody atau meragam.
Namun, lain pula dengan video ini apabila gelagat seorang bayi menjeling ayahnya apabila dimarah telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pantang tinggi suara sikit, terus bagi jelingan maut dekat ayah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rienarosli_, kelihatan bayi itu sedang duduk atas riba ayahnya di dalam kereta.
Apa yang mencuit hati adalah apabila si ayah mula tinggikan suara menyuruhnya bangun kerana ingin memandu, si kecil itu spontan memberikan jelingan tajam kepada ayahnya.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila ditegur sekali lagi, dia terus mencebik dan menangis. Ayahnya pula cepat-cepat meminta maaf dan memeluk untuk menenangkan si kecil itu.
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Image via @rienarosli_ (TikTok)
"Berulang-ulang aku tengok semata nak tengok mata dia. Last sekali tewas dengan tangisan hahaha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.4M views, 209.7K likes dan 6K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel si kecil itu.
Berikut di bawah adalah antara antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Image via @rienarosli_ (TikTok)
Mesti dia ingat ayah dia takut dengan jelingan tu. Sekali dia yang nangis dulu. Comel lah baby! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment