seismik

[VIDEO] Gelagat Baby Girl Bila Dengar Ibu Cakap 'Biasa Dia' Ini Buat Ramai Geram. Comel!

Ish pipi tu dah macam pau, rasa nak gigit!

Cover image via @nurindah8484 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menyakat anak yang masih kecil sudah pastinya menjadi hobi para ibu bapa bukan?

Tambahan lagi bila melihat reaksi mereka yang suka membuat muka cebik menjadikan kecomelan itu lebih terserlah.

Sama seperti video viral ini apabila gelagat seorang bayi perempuan membuat muka cebik gara-gara disakat ibunya sehingga menangis menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@nurindah8484

Kenapa baby skrg x blh dgr” BIASA DIA” ? mulut tu gigit kang ##fyppppppppppp ##fyp

bunyi asal - Nur indah

Terus cebik dan mula menangis bila ibu cakap 'biasa dia ni'

Menerusi perkongsian video daripada Nur Indah, kelihatan anaknya itu sedang memegang telefon bimbit sambil duduk di atas katil.

Apa yang menghiburkan adalah apabila ibunya sengaja menyakat dan menyebut perkataan 'biasa dia ni', si kecil itu pantas membuat muka cebik dan mula menangis sehingga tersedu.

Reaksinya itu membuatkan si ibu dan ayah cepat-cepat memujuk dan menenangkan anak mereka supaya berhenti menangis.

"Anak buah saya pun macam tu hahaha panjang muncung dia bila kita kata gitu, comelnya dia!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 528.8K views, 64.5K likes dan 3.1K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan merasa geram dengan gelagat comel bayi itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lagi dia nangis, lagi seronok nak kacau kan? Too cute to handle! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via says.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: