seismik

“Umar Dark Web” - Lelaki Tiru Suara Viral Budak Bawa Bekal Pergi Sekolah Buat Ramai Ketawa

Part dia gelak angin tu memang lawak!

Cover image via @pinaaa_coladaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang kenal dengan adik Umar 'cucun-cucun' bukan?

Suaranya yang comel dan viral gara-gara voice over di sebalik video ibunya menyediakan bekal ke sekolah setiap hari kian mendapat perhatian daripada netizen.

Baru-baru ini, ramai yang cuba meniru suara adik Umar dengan membuat video bekal ke sekolah dan kerja, terutamanya orang dewasa.

Namun, lain pula yang jadi dengan sebuah video tular ini apabila seorang lelaki cuba meniru suara adik Umar telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba buat suara comel, sekali lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pinaaa_coladaa, kelihatan lelaki itu sedang membuat voice over seperti adik Umar sambil merakam ibunya menyediakan bekal makanan.

Namun, suaranya yang garau itu tidak dapat dikawal apabila suara ibunya pun sama naik garaunya. Malah, caranya bercakap pelat pun kedengaran kelakar kerana tidak berapa jadi seperti adik Umar. Akhir sekali, mereka berdua sama-sama ketawa.

"Letak acik oyeng, ayam oyeng letak satu ketui, letak cucumber cucun cucun, letak comato, letak telur ate oyang-oyang atas dia," katanya.

"Mak dengan anak sama garau, hahaha penatlah gelak angin bang oi. Last tu memang tak tahan sangat dah tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.2M views, 113.8K likes dan 2.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar suara mereka berdua.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adoi, lawaklah. Tak comel tau, geram je dengar :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: