“Ibu Sekolah” - Perbualan Rider J&T Dengan Anak Customer Ini Buat Warganet Terhibur
Abang J&T pun melayan je ya.
Kebiasaannya, jika kita beli barang secara online, penghantar barang tersebut akan membuat panggilan terlebih dahulu untuk memastikan kita ada di rumah atau tidak
Jika kita tiada di rumah, mereka akan bertanya sama ada mahu letak di pintu rumah atau hantar pada hari lain.
Namun, berbeza pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang rider J&T Express ini apabila anak pelanggannya yang mengangkat telefon ketika dia mahu menghantar barang telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta anak customer ambil barang, tapi jawapannya pula undang tawa
Menerusi perkongsian video daripada @meungjii4, kelihatan gadis itu berkongsi rakaman panggilan antara rider J&T tersebut bersama adiknya.
Apa yang menghiburkan adalah apabila budak lelaki itu menjawab panggilan tersebut dengan spontan dan ayatnya yang lucu sebaik saja rider itu bertanya di mana ibunya.
"Ibu sekolah. Abang tidur kat bilik. Abang bangun pukul satu. Apa? Ada barang ibu? Barang ibu Eman? Kena bayar ke?" katanya.
"Ibu sekolah hahaha husnuzon jelah mak dia cikgu. Budak tu penyelamat. Kalau tak, kena sidai brother J&T tu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 889.5K tontonan, 69.3K tanda suka dan 539 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perbualan mereka berdua.
Malah, ramai yang memuji kesabaran rider J&T tersebut melayan kerenah budak lelaki itu yang banyak tanya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!