"Nasib Baik Visor Gelap" - Tular Rider Grab Buka Langkah Di Traffic Light Ini Undang Tawa
Sakit dapat, malu pun dapat ini bang.
Bekerja sebagai penghantar makanan sebenarnya sangat memenatkan
Tambahan lagi jika perlu meredah hujan lebat atau banjir demi menghantar makanan kepada pelanggan.
Tetapi, merekalah orang yang paling gembira jika mendapat tip daripada pelanggan kerana penat lelah mereka setelah seharian bekerja dirasakan berbaloi.
Namun, lain pula dengan seorang rider GrabFood ini apabila gelagatnya cuba membuka langkah untuk naik motor di traffic light telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba buka langkah dengan penuh gaya masa nak naik motor, sekali kaki pula tak sampai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @icelatte_1, kelihatan rider GrabFood itu sedang berhenti di sebuah traffic light sambil menutup beg makanannya.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia secara tiba-tiba membuka langkah konon seperti ingin taekwando.
Tetapi, kakinya itu tidak sampai dan tersangkut di cermin sisi motornya. Dia yang dilihat cuba menahan malu itu cepat-cepat memegang kakinya yang sakit dan menggelabah naik motor sambil memandang kiri kanan.
"Kau nak lari mana bang cover malu tu. Hahaha lampu pun merah, benda pun dah rakam. Enjoy jelah bang" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 719K views, 104K likes dan 1.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan rider GrabFood itu.
Malah, ada yang berseloroh berkata nasib baik visor motornya gelap. Kalau tidak, lagilah dia malu teruk.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!