[VIDEO] Gelagat Budak Lelaki Ini Minta 'Baby Boy' Sampai Melalak Buat Warganet Terhibur
Happy betul dia bila mommy ajak beli dekat Tesco tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi anda yang bergelar ibu bapa, sudah pasti keletah anak-anak boleh menghilangkan stress setelah seharian penat bekerja bukan?
Telatah mereka yang menghiburkan hati sememangnya dapat menyejukkan hati kita sebagai ibu bapa. Namun, kadangkala ayat yang keluar dari mulut mereka adalah unexpected dan boleh menyebabkan kita terdiam.
Sama seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila ragam seorang kanak-kanak lelaki mencuri perhatian ramai gara-gara dia meminta ibunya membeli 'baby'.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak baby boy sampai menangis dan melalak
Menerusi perkongsian video daripada @elliza.razak dengan kapsyen "Dia ingat nak dapat baby tu semudah ABC? Pening mommy hari ni nak handle awak", kelihatan anak lelakinya secara tiba-tiba meminta baby.
Apabila ibunya berkata "jom beli dekat Tesco", kanak-kanak itu yang bernama Emmir pantas melompat happy.
Tidak lama kemudian, dia dilihat menangis kerana benar-benar mahukan baby boy selepas melihat pak ciknya mendukung seorang bayi.
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
"Aduh Emmir, minta baby macam nak beli jajan je eh, hahaha comelnya!" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 394.7K views, 39.5K likes dan 1,606 shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat ragamnya yang mahukan adik lelaki sampai menangis.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Image via @elliza.razak (TikTok)
Adoi kelakarlah awak ni dik! Bersungguh-sungguh nak baby boy juga tu :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment