Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Gelak Macam Orang Besar, Gelagat Baby Ini Borak Sakan Dengan Si Ayah Curi Tumpuan

Rajin ayah dia melayan, comel betul dua beranak ni!

Kebiasaannya, anak lelaki memang lebih rapat dengan ayah berbanding ibu semasa mereka sedang membesar

Tambahan pula jika si ayah rajin melayan anak yang baru mula nak bercakap di mana kadangkala bahasa mereka sukar untuk kita sebagai orang dewasa untuk faham. Atau dengan ayat lain kita sebut sebagai 'bahasa baby'.

Namun jarang sekali kita dapat lihat gelagat bayi yang pandai berborak dengan orang dewasa seolah-olah mereka faham dengan topik yang dibincangkan. 

Sama seperti video yang tular di laman Facebook baru-baru ini apabila seorang bayi berborak dengan ayahnya di dalam kereta menjadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sakan bercerita dengan ayah menggunakan 'bahasa baby' sampai gelak tak berhenti

Image via Mohamad Syafiq Mahpiz (Facebook)

Image via Mohamad Syafiq Mahpiz (Facebook)

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Mohamad Syafiq Mahpiz, dia dan anaknya dilihat sedang berborak dalam kereta di bahagian seat depan.

Situasi itu tidak ubah seperti perbualan antara kawan lama kerana anaknya itu seakan faham dengan apa yang si ayah katakan. Video tersebut berjaya mencuri perhatian ramai kerana kapsyennya juga menghiburkan hati.

"Bila kau jumpa kawan baik kau yang satu kepala dan masuk air. Ketawa lagi banyak dari bercerita sebab setiap gerak geri tubuh badan pun rasa dah kelakar," katanya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka berdua lebih banyak gelak dari berborak kerana gelagat bayi itu yang bercerita seperti orang besar membuatkan si ayah tidak dapat menahan ketawa setiap kali anaknya membuka mulut.

Image via Mohamad Syafiq Mahpiz (Facebook)

Image via Mohamad Syafiq Mahpiz (Facebook)

Terdahulu, mereka pernah viral di laman sosial dengan satu video di mana si ayah bertanyakan kepada anaknya sama ada dia handsome atau tidak dan bayi itu spontan berkata "tak!"

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 4.4K likes, 6.4K shares serta 1.8K comments

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan ketawa melihat gelagat dua beranak itu yang membuat lawak spontan.

Mereka juga memuji ayahnya yang rajin melayan anak berborak dalam 'bahasa baby' kerana itu merupakan momen yang sangat berharga bagi ibu bapa melihat anak yang kian membesar.

Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Tengok banyak kali pun tetap lawak. Boleh hilang murung melayan video anak beranak ni :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment