[VIDEO] Guna Kamera Tapi Tak Rakam, Netizen Jelas Sebab Ramai Orang Buat Macam Tu
Orang yang pendek, rabun dan sewaktu dengannya boleh relate perkara ini.
Zaman sekarang dah berubah, kalau nampak ada perkara yang menarik boleh dikongsi automatik tangan akan cari telefon untuk rakam
Contoh paling mudah apabila berlakunya kemalangan atau kekecohan. Orang ramai lebih sibuk nak rakam perkara itu berbanding mendapatkan pertolongan pihak lain.
Selain itu, jika ke konsert-konsert atau menyaksikan pertunjukan busking, sudah menjadi satu perkara wajib untuk orang ramai merakam persembahan. Kata mereka, itu semua adalah untuk kenangan.
Image via Giphy
Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang individu berkongsi video menunjukkan seseorang 'lupa' untuk menekan butang rakam di kamera telefon pintarnya
Niat individu tersebut dikenali sebagai Abang Bae yang berkongsi di laman Twitter miliknya itu hanyalah sekadar untuk mengusik.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 7.4 ribu ulang kicau dan juga 8.4 ribu tanda suka.
Susulan itu, ada netizen yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka menyangkakan sudah menekan butang rakam tapi rupanya tidak
Namun begitu, ramai juga menjelaskan bahawa ada sebab munasabah mengapa individu itu tidak menekan butang rakam
Tak sangka ramai yang boleh relate sebab video ini! Apa-apapun, lepas ni siapa yang nak rakam kena pastikan tekan butang yang betul ya.
Image via Giphy
Antara video 'kreatif' yang dirakam rakyat Malaysia:
Leave a comment