[VIDEO] Lembu Hitam Sondol Wartawan TV3 Ketika Rakaman. Tak Tahu Nak Gelak Ke Nak Takut?
Entah-entah lembu tu sengaja sondol sebab nak masuk TV?
Memang tabik kepada mereka yang bekerjaya sebagai pemberita dan wartawan televisyen!
Manakan tidak, seorang wartawan itu perlu melengkapkan diri dengan pelbagai informasi tentang berita yang bakal dilaporkan, kadang-kadang dalam masa yang singkat!
Bukan itu sahaja, wartawan juga perlu sentiasa bersiap sedia dan bertindak pantas dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku sepanjang bertugas. Boleh jadi perkara yang memang tidak dijangkakan langsung akan berlaku. Lebih menarik lagi apabila perkara itu telah dirakamkan dan disiarkan dalam televisyen.
Sama seperti yang berlaku kepada wartawan, Juliana Sharin dalam segmen Aduan Rakyat di Buletin Utama TV3
Baru-baru ini telah viral di laman Twitter rakaman Juliana disondol oleh seekor lembu semasa sedang membuat liputan tentang masalah lembu berkeliaran di Klang, Selangor.
Baik Juliana mahupun jurukamera tidak menyangka perkara itu akan berlaku.
Namun begitu, walaupun terkejut selepas ditanduk lembu tersebut, tindakan Juliana yang masih meneruskan laporan berita itu bukan sahaja menghiburkan bahkan penonton turut menghormati dan memuji nilai profesionalisme yang ditunjukkan wartawan terbabit.
Ekoran insiden lucu itu, Juliana serta suaminya tidak terkecuali dari berseloroh di laman Facebook masing-masing tentang rakaman tersebut
Tak pasti nak gelak ataupun nak takut. Sebab kena tanduk dengan lembu ni scary juga sebenarnya.
Tapi entah-entah lembu itu sengaja kot tanduk sebab nak masuk TV?