seismik

[VIDEO] Pemandu Grab Rakam 'Foreigner' Nyanyi Lagu Melayu. Memang Fasih & Sedap Suaranya!

Fasih gila!

Cover image via Twitter @ismail_samuri & Twitter @ChrisJacobArt

Baru-baru ini viral satu video di mana pemandu Grab telah merakam seorang penumpang warga asing menyanyikan lagu Melayu

Paling menarik, dia menyanyikan lagu bertajuk Tiada Lagi nyanyian Amy Search dengan sebutan yang begitu fasih dan lancar tanpa pelat. Suara pun sangat merdu.

Perkongsian video tersebut telah viral di laman Twitter pengguna @ismail_samuri dan meraih lebih 17 ribu retweets dan 20 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Kalau tak percaya, korang dengar sendiri suara dia. Memang merdu!

Selepas video itu viral di Twitter, mereka berjaya menemukan Instagram dan Twitter milik lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chris Jacob berasal dari Romania dan juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik. Malah, banyak juga klip video nyanyian dia yang sudah dimuat naik di media sosial.

Bukan setakat itu sahaja, tweet yang viral itu juga turut meraih perhatian Jacob dan dia menjelaskan bahawa dia tidak menyangka video nyanyiannya itu akan mendapat perhatian warganet.

Warganet pula tidak berhenti memberikan cadangan untuk dia menyanyikan lagu-lagu Melayu yang lain. Comel je!

Image via Twitter
Image via Twitter

Untuk anda yang ingin mendengar lagu penuh nyanyian Chris Jacob, boleh dengar di bawah:

Semoga cita-citanya untuk menjadi penyanyi dan penulis lirik terkenal akan menjadi kenyataan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Muda dan berbakat!

You may be interested in: