Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Guru Vokal Wanita Nyanyi Lagu Persis Dato' Siti Nurhaliza Ini Curi Tumpuan Ramai

Lenggok pun sama!

Cover image via @itsmelaila13 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dapat kita lihat sekarang ramai mempunyai bakat dalam bidang nyanyian

Oleh itu, dengan kepesatan teknologi ramai yang mengambil peluang untuk mengasah bakat mereka. Terdapat juga yang mempunyai suara yang menakjubkan sama seperti selebriti penyanyi popular.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang guru menyanyikan lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nyanyi lagu Nirmala sama seperti versi asal

Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsmelaila13 di TikTok, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan seorang guru vokal sedang dirakam menyanyikan lagu di auditorium sekolah.

Dalam video itu dia dilihat menyanyikan lagu Nirmala oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza sementara  menunggu pelajarnya bersedia untuk rakaman lagu.

Apa yang menarik perhatian adalah suaranya, lenggok serta alunan yang lembut dilihat sama seperti versi penyanyi asal. Dia juga dipaparkan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersahaja namun tetap menyajikan vokal yang hebat.  

Video tersebut juga mempunyai sambungan di mana dia dilihat menyanyi dan menari bersama anak muridnya yang memakai pakaian tradisional.

Image via @itsmelaila13 (TikTok)

"Ni la suara dan lenggok paling mirip Tokti. Patah-patah lenggok dia sama. Nyaring ramai boleh tiru, lenggok tak ramai" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.4M views, 85.7K likes dan 1,789 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji persembahan guru ini dan menyatakan suaranya yang persis seperti penyanyi asal. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @itsmelaila13 (TikTok)

Image via @itsmelaila13 (TikTok)

Image via @itsmelaila13 (TikTok)

Image via @itsmelaila13 (TikTok)

Image via @itsmelaila13 (TikTok)

Image via @itsmelaila13 (TikTok)

Image via @itsmelaila13 (TikTok)

Banyak kali dengar pun tak akan jemu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment