Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Hafiz Mahamad Jawab Fitnah 'Hindutva Knight' Mengenai Isu Video Tular Depan Kaabah

Hafiz Mahamad tampil membidas dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa wanita tidak selamat berada di Tanah Suci.

Cover image via @hafizmahamad (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, nama Hafiz Mahamad kembali menjadi perbualan ramai selepas tular sebuah video lamanya di laman X

Difahamkan, seorang individu luar negara telah memuat naik kembali video Hafiz Mahamad ketika berada di depan Kaabah.

Individu tersebut seperti mempertikaikan agama Islam dan keselamatan wanita ketika berada di sana melalui ciapannya.

Walau bagaimanapun, pempengaruh dan usahawan popular itu tampil menjawab segala fitnah sekali gus membidas dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa wanita tidak selamat berada di Tanah Suci.

Menerusi posting video terbaharu bekerjasama bersama Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr Kamilin Jamilin, Hafiz menjelaskan segala kekeliruan yang dibangkitkan mengenai agama Islam terhadap pengguna akaun laman X dikenali nama Hindutva Knight (@HPhobiaWatch).

Image via Hafiz Mahamad (Facebook)

"Aktiviti tawaf (mengelilingi Kaabah) di Makkah tidak pernah berhenti, tapi umat Islam akan berhenti bertawaf apabila masuk solat fardu. Pada ketika itu, lelaki akan berada di saf hadapan, manakala wanita di bahagian belakang yang sudah disediakan tempat khas buat mereka.

"Bercakap mengenai video yang anda saksikan, itu adalah situasi orang bersesak-sesak mahu pergi ke satu sudut dan bukan menunjukkan semua aktiviti di Kaabah ini bersesak-sesak.

"Di Kaabah ada beberapa sudut yang menjadi perhatian seperti Hijr Ismail, Multazam, menghampiri Kaabah dan Hajarul Aswad. Dalam video yang anda saksikan itu memperlihatkan orang ramai ingin menghampiri Hajarul Aswad untuk menciumnya.

"Situasi bersesak yang anda saksikan itu bukan bermakna mereka bergaduh, sebaliknya mereka saling mengingatkan orang lain supaya beristighfar, bersabar dan memberitahu ada kanak-kanak serta kaum wanita berdekatan mereka,"
katanya.

"Wanita Islam adalah kaum hawa yang cukup kuat dan berani sehingga sanggup mengenepikan rasa takut" - Hafiz Mahamad

"Wanita Islam adalah wanita yang sangat berani. Lihat saja wanita di bumi Palestin bagaimana mereka hebat berjuang dan mengenepikan air mata dan rasa takut demi agama.

"Kadangkala keinginan besar mereka tidak boleh dihentikan walaupun mereka tahu kemampuan diri di tahap mana," ujarnya.

Dalam pada itu, video berdurasi 15 minit yang dikongsikan itu disertakan infografik berbentuk 3D serta simulasi ketika berada di hadapan Kaabah dan sari kata Bahasa Inggeris untuk kefahaman umum.

Hafiz turut memberi peluang kepada Dr Kamilin untuk membuat beberapa pencerahan yang mungkin menjadi tanda tanya kepada individu bukan beragama Islam.

Image via Hafiz Mahamad (Facebook)

Antara penjelasan yang diberikan adalah pergaulan antara lelaki dan wanita mengikut ajaran Islam, situasi dan aktiviti di Kaabah serta langkah-langkah yang boleh dibuat untuk wanita yang tetap mahu mencium Hajarul Aswad.

Malah dalam perkongsian itu juga, Hafiz turut menekankan postingnya di media sosial bukan cubaan untuk menegakkan benang yang basah atau membersihkan namanya, sebaliknya dia terpanggil kerana itu adalah tanggungjawabnya demi agama.

Hafiz berharap agar postingnya di media sosial hari ini dapat 'kekal' di Internet dan dijadikan pengajaran serta pedoman buat semua umat Islam di luar sana.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment