[VIDEO] Hujan Lepas Akad Nikah, Keluarga Pengantin Tak Kisah Lencun Demi View KLCC
Basah kuyup semua.
Majlis akad nikah merupakan hari yang ditunggu-tunggu pasangan pengantin
Dapat menjalinkan hubungan yang halal dengan orang yang tersayang semestinya merupakan salah satu nikmat. Semua pasangan mengharapkan majlis penikahan mereka dapat berjalan dengan lancar.
Namun, nasib tidak menyebelahi pasangan pengantin ini apabila video pernikahan pasangan ini tular gara-gara hujan lebat semasa majlis akad nikah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hujan rahmat selepas selesai saja akad nikah
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman menunjukkan suasana majlis penikahan dengan garden view KLCC.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila selesai saja upacara akad nikah itu, hujan berderai dan membuatkan semua keluarga dan rakan-rakan basah lencun. Mereka semua dilihat terus berdiri dan tidak sempat membaca doa kerana ingin mencari tempat untuk berteduh.
Mujurnya, keluarga dan rakan-rakan semua sangat memahami dan sporting tidak kisah kerana mereka memang sudah bersedia berdepan dengan situasi itu kerana mereka meilih tema garden view dan open air.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kalau dekat kampung dah kena kutuk dengan mak cik bawang haa tu la, haa tu ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 199K tontonan, 12K tanda duka dan 69 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @syerafnd (TikTok)
Image via @syerafnd (TikTok)
Image via @syerafnd (TikTok)
Hujan rahmat ni namanya, apa apa pun tahniah dan selamat pengantin baru! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment