[VIDEO] Ibu Bapa Buat Persiapan Raya Untuk Anak, Hiasi Kubur Dengan Tema ‘Hello Kitty’
Lain macam.
Anak merupakan anugerah terindah buat pasangan suami isteri
Tambahan lagi, bagi mereka yang sudah lama menantikan zuriat. Pasti gembira rasanya dengan kehadiran si kecil ini. Merekalah penyeri dalam rumah tangga.
Namun, ajal dan maut semua telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tidak kira muda mahupun tua. Kita harus reda menerima ketentuannya. Tentu sekali ia sukar diterima.
Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila pasangan suami isteri yang menghiasi kubur anak mereka dengan Hello Kitty ketika menyambut hari raya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Buat persiapan raya dengan hiasi kubur anak
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan dari Indonesia itu dilihat sedang menghiasi kubur anak mereka.
Tetapi, apa yang lebih mendapat perhatian ramai adalah pasangan berkenaan dilihat menghiasi kubur anak mereka dengan tema Hello Kitty.
Malah, mereka siap mengecat batu dikeliling kubur itu dengan warna pink dan juga gambar Hello Kitty di batu nisan anak perempuan mereka.
Image via @helsaseftini (TikTok)
"Boleh ke hias kubur dengan gambar kartun Hello Kitty?" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka. Malah, ada juga yang mempersoalkannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.9M views, 104.9K likes dan 1,571 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @helsaseftini (TikTok)
Image via @helsaseftini (TikTok)
Image via @helsaseftini (TikTok)
Image via @helsaseftini (TikTok)
Image via @helsaseftini (TikTok)
Lain macam ya dia hias kubur anak dia :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment