Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Instafamous Ini Cuba Nasihatkan Lelaki, Tapi Cara Jalannya Pula Yang Jadi Tumpuan

Hey lelaki, dengar ni.

Siapa je yang tidak kenal dengan instafamous dan usahawan kosmetik terkenal Syafiqah Aina

Dia dan suaminya Hafiz Mahamad merupakan salah satu pasangan yang digemari dalam media sosial kerana terkenal dengan sikap romantis dan suka memberikan kejutan sesama sendiri.

Baru-baru ini Syafiqah Aina sekali lagi telah mendapat perhatian ramai apabila memuat naik satu video di laman TikTok milik peribadinya dengan kapsyen "Hi Lelaki!".

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Cuba berikan mesej buat kaum lelaki tentang keredhaan dalam rumah tangga

Menerusi video yang berdurasi 52 saat itu, Syafiqah Aina ada memberikan sedikit nasihat buat para lelaki di luar sana yang bergelar suami.

"Hey lelaki, kami bagi je kamu jumpa perempuan lain atas urusan kerja. Kami bagi je kamu like gambar perempuan lain"

"Tapi apa yang buat kami sakit hati? Bila kamu letakkan wanita lain dalam hati kamu! Kamu kena ingat, kamu bukan saja gemukkan kami 9 bulan. Tapi kamu kena gemukkan hati kami dengan kebahagiaan"

"Pernah tengok kan, ramai lelaki jatuh sebab hati kami tak bahagia! Rezeki kamu datang dari redha kami. Jangan leka sangat dengan kecantikan sementara dekat luar sana. Kecantikan tu boleh kami bina! Sebab kami wanita 2021. Wanita 2021 bukan wanita yang lemah," katanya.

Namun lain pula yang jadi apabila mesej dalam video tersebut dikatakan terganggu dengan caranya berjalan

Susulan tularnya video itu yang sehingga kini mendapat hampir 1 juta tontonan, 109K tanda suka dan lebih 2,200 komen di TikTok, Syafiqah Aina dihujani pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka berkata caranya berjalan di dalam video tersebut kelihatan sedikit kelakar. Malah ada yang sampai tidak fokus dengan mesej yang disampaikan oleh instafamous itu kerana terleka melihat gayanya yang berjalan setempat dari awal hingga akhir rakaman.

Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan Syafiqah Aina. Mereka memberikan pendapat sebagai lelaki serta turut menasihati kaum wanita tentang pentingnya menjaga hati suami.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Macam-macamlah korang ni. Elok-elok nak serious jadi lawak pula :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment