[VIDEO] Isteri Beri Bunga 'Gergasi' Bernilai RM31,000 Buat Suami Sempena Hadiah Birthday
Keinginan menghadiahkan gubahan wang tunai buat suaminya sudah tercetus sejak tahun lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini, seorang wanita telah menghadiahkan gubahan wang tunai 'gergasi' bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami tercintanya
Nia Syaqiera Sabri telah memberikan gubahan wang tunai berjumlah RM31,000 sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dicurahkan sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.
Difahamkan, nilai wang tunai diberikan itu adalah simbolik usia suaminya, Mohamad Rahim Md Asri yang menjangkau 31 tahun pada 18 Januari lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, pengasas produk kecantikan itu berkata, keinginan menghadiahkan gubahan wang tunai buat suaminya sudah tercetus sejak tahun lalu.
"Tahun lalu, saya beri suami hadiah replika cek bernilai RM18,194 yang mana angka itu simbolik tarikh lahir dan tahun kelahirannya.
"Selepas ulang tahun kelahiran suami tahun lalu, saya terus kumpul duit kerana sudah simpan niat nak berinya hadiah gubahan wang tunai pula.
"Memandangkan tahun ini suami berusia 31 tahun jadi nekad hadiahkan RM31,000 hasil simpanan saya," katanya.
Image via Harian Metro
Buat tempahan gubahan seminggu sebelum hari ulang kelahiran suami
Menurut Nia, suaminya langsung tidak tahu langsung mengenai hadiah akan diterima kerana mahu membuat kejutan.
"Suami tak sangka dan sebenarnya, saya ada bertanya apa hadiah diinginkan sempena hari ulang tahun kelahiran.
"Katanya nak telefon bimbit jadi saya pun belikan kemudian beri sebelum hari ulang tahunnya. Tapi dia tak tahu ada hadiah lain yang akan diberikan kepadanya.
"Saya sengaja rahsiakan dan buat tempahan gubahan seminggu sebelum sambut hari hari ulang kelahiran suami. Tengah malam hari ulang tahun kelahirannya, penggubah gubahan itu datang buat kejutan dan nampak suami nampak sebak waktu terima hadiah pemberian saya," katanya.
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Kongsi sebahagian wang tunai kepada lapan pekerja
Walaupun ia adalah untuk suami, namun suaminya tidak berkira kerana memberikan sebahagian wang kepada kepada lapan kakitangan dengan setiap seorang menerima RM1,000.
"Dia ada juga beri kepada emak saya iaitu ibu mentuanya dan saya walaupun saya menolak pada awalnya.
"Bagi saya, wang tunai pemberian itu memang banyak tapi nilai itu tidak terbanding dengan pengorbanan suami yang jauh lebih besar sejak kami sah menjadi suami isteri hingga sekarang.
"Antara yang saya tak dapat lupa adalah kesungguhannya berkahwin dengan saya dua bulan selepas pemergian arwah ayah (Sabri Hamzah) pada 2016 walaupun terpaksa 'nikah gantung' saja kerana tiada duit.
"Selain itu, suami juga bantu saya dan mama (Faridah Wahab, 61) menjaga abang orang kelainan upaya (OKU) (Shafiq Alami Sabri, 38) yang tinggal bersama kami. Bagi saya, susah nak jumpa lelaki begitu sekarang," katanya.
Nia Syaqiera berharap, hubungannya dengan suami berpanjangan dan terus mengecap kebahagiaan bersama sampai syurga.
Tambahnya, dia juga berharap dapat hadiahkan suami garis dua (zuriat) nanti kerana mereka belum dikurniakan anak dan itu yang diharapkan setiap kali tiba hari ulang tahun kelahirannya (suami).
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment