[VIDEO] Kahwin Dengan Ex-Boyfriend Kakak Sendiri, Gadis Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Kalau korang kat tempat kakak dia, korang sanggup?
Kebiasaannya, bagi mereka yang baru putus cinta pasti akan susah untuk melupakan bekas kekasih
Lebih-lebih lagi jika sesebuah hubungan itu sudah lama terjalin dan akhirnya putus di tengah jalan, memang susah nak move on bukan?
Anda pasti pernah dengarkan ungkapan 'jaga jodoh orang lain'? Memang susah untuk terima kenyataan kalau dah lama bercinta, tup tup bekas kekasih pula kahwin dengan orang yang kita kenal.
Kalau si dia berjodoh dengan kawan yang kita kenal pun dah terkilan, apatah lagi kalau rupa-rupanya selama ini bekas kekasih kita itu tertulis jodohnya dengan adik beradik sendiri.
Namun, berbeza pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi kisahnya berjodoh dengan bekas kekasih kakak kandung sendiri.
Lihat video penuh itu di bawah:
Syukur kakak tidak marah, tetapi banyak membantu untuk uruskan majlis perkahwinan
Menerusi video yang dimuat naik oleh Shieyma Emma dengan kapsyen "suamiku ex boyfriend kakak sendiri", dia berkongsi saat-saat bergelar isteri kepada lelaki yang sebelum ini merupakan teman lelaki kakaknya.
Shieyma juga meluahkan rasa syukur kerana kakaknya tidak mengambil hati malah banyak membantu dia dan suami untuk persiapan perkahwinan mereka.
"Masa aku di ijab kabul kakakku teman, dia yang banyak membantu dalam majlis ini. Masa tengah pilih baju, dia juga yang banyak membantu aku dan suami. Semua jasa dia untukku, tak mampu aku balas"
"Walaupun aku dah jadi isteri, aku tak pernah lupa dia. Aku hargai semua pengorbanan dia sampai bila-bila. Terima kasih, kakak selalu jadi tulang belakang untuk kami berdua," katanya.
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
"Dah jodoh kan tapi kalau saya selagi boleh elak saya elak. Tak sanggup nak kahwin dengan ex kakak sendiri" - Netizen
Susulan tularnya video Shieyma yang kini meraih 890.4K views, 38.2K likes dan 1K shares di TikTok, Shieyma telah menerima pelbagai reaksi yang berbeza daripada netizen.
Rata-rata mereka berpendapat jika mereka di tempat Shieyma, mungkin mereka tidak mahu berkahwin dengan bekas kekasih kakak sendiri kerana memikirkan perasaannya.
Mungkin dari luaran nampak kakaknya tersenyum, namun dalam hati siapa tahu. Ada juga yang memberikan kata-kata positif buat Shieyma kerana jodohnya sudah tertulis bersama lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Image via @mommybeauty_ (TikTok)
Janganlah kecam dia guys, kalau dah jodoh nak buat macam mana kan. Yang penting kakak dia pun dah redha :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment