seismik

Anak Jadi 'Bahan Tawa' Gara-Gara Bawa Mangkuk Tingkat, Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan

Yang gelakkan tu mesti ada masalah hati.

Cover image via Hasimah Abdullah (Facebook)

Sejak sesi persekolahan kembali bermula, pelbagai ragam pelajar yang dapat kita lihat dikongsi oleh ibu bapa dan guru

Tidak terkecuali dengan seorang kanak-kanak perempuan ini apabila gambarnya tular di media sosial ketika sedang menikmati makanan sewaktu rehat dalam mangkuk tingkat yang dibekalkan ibunya.

Lihat gambar tersebut di bawah:

Ibu kanak-kanak itu dikatakan ‘lapar perhatian’, lalu dia tampil membuat penjelasan

Susulan tularnya gambar kanak-kanak yang dikenali sebagai Batrisya itu, ramai yang memuji dan memberikan kata-kata positif buatnya.

Namun seperti biasa, dalam banyak-banyak kata positif, ada juga netizen yang menjadikan mangkuk tingkat Batrisya sebagai bahan tawa.

Sesetengah pihak berkata kanak-kanak tersebut seperti ingin pergi picnic. Malah, ada juga yang mendakwa ibu Batrisya sengaja membekalkan makanan anaknya di dalam mangkuk tingkat kerana ingin meraih perhatian.

Terkilan dengan dakwaan berkenaan, ibu Batrisya tampil memberi penjelasan tentang hal sebenar mengenai mangkuk tingkat yang dibawa anaknya itu menerusi sebuah posting di Facebook miliknya

Bukan itu saja, ayah Batrisya juga turut tampil menjelaskan bahawa mangkuk tingkat itu diangkat olehnya dan bukan membiarkan anaknya membawa sendiri.

"Mak cik tu mesti jealous sebab dia sendiri tak dapat nak sediakan bekal untuk anak dia" - Netizen

Selepas Puan Hasimah memuat naik posting berkenaan, rata-rata netizen turut menyokong apa yang dia buat untuk anaknya dan berpendapat mereka yang hanya tahu mengecam itu sebenarnya dengki dengan kehidupan orang lain.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Ingat, jangan terus judge kalau tak tahu cerita sebenar okay guys :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: