[VIDEO] "Kakak Dah Tak Tahan Ibu" - Wanita Luluh Hati Tengok Anak Merintih Tak Tahan Sakit
Perkongsian itu meruntun hati warganet dengan rata-ratanya sebak dan mendoakan Nur Umairah diberi kesembuhan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap pasangan suami isteri pasti mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka
Daripada pendidikan sehinggalah kepada penjagaan kesihatan. Namun, tidak semua orang diberi peluang diberikan kesihatan yang sempurna, tambahan pula jika ia berlaku kepada anak sendiri. Pasti luluh hati ibu bapa.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita bernama, Haida Pairan, yang tidak sanggup melihat kesakitan anaknya.
Image via @allyshaaida (TikTok)
Anak menangis mengadu tak tahan sakit
Menerusi perkongsian video di TikTok @allyshaaida, kelihatan wanita anaknya yang bernama Nur Umairah memakai baju pesakit hospital menangis ketika meluahkan apa yang terpendam di hatinya.
Jelas terpancar riak wajah Nur Umairah yang tidak tahan menanggung kesakitan sehingga luluh hati ibunya.
Menurut laporan daripada Harian Metro, Haida berkata, video itu dirakam dan dimuat naik di TikTok untuk kenangan serta pada masa sama tanda sokongan kepada pejuang barah di luar sana.
"Sebagai ibu, memang luluh hati saya melihat anak merintih dan tak sanggup rasanya tengok dia menangis kerana kesakitan.
"Tapi saya kena kuat menahan air mata supaya anak saya tak tahu dan nampak kedukaan saya.
"Lagipun, anak pernah tanya adakah dia penyebab semua orang sekeliling bersedih sebab dia sakit. Jadi sejak itu, saya berjanji dengan diri saya yang saya tak akan menunjukkan kesedihan di depannya," katanya.
Anak dilahirkan normal, namun mula menunjukkan simptom lain
Tambahnya, Nur Umairah adalah anak sulung daripada tiga beradik, dilahirkan normal dan sebelum ini seorang kanak-kanak yang ceria selain aktif bersukan.
"Kakak (nama panggilan Nur Umairah) juga seorang pengawas, namun pada pertengahan November lalu, dia mula menunjukkan simptom seperti kerap demam yang lambat nak baik, nampak muka letih dan pucat serta ada kesan lebam pada badan.
"Melihat perubahannya yang ketara itu, saya dan suami (Mohd Fauzi Mahmud, 38) bawa anak ke klinik kesihatan kemudian lakukan ujian darah.
"Tak lama selepas itu, doktor hubungi saya untuk datang ke klinik beritahu keputusan darah tak normal dan minta rujuk ke hospital," katanya.
Menurut Haida, hasil pemeriksaan lanjut terhadap sampel darah dan air tulang sumsum di hospital mengesahkan Nur Umairah menghidap barah.
"Penerimaan awal agak sukar malah saya amat terkesan sampai terasa nak pengsan kerana terkejut, tak boleh terima dan seolah tak tahu nak berpijak di mana.
"Suami awalnya positif tapi dia pun sedih dan sejak November lalu, kakak memang banyak hari tak ke sekolah kerana awal Disember lalu, dia mula menjalani rawatan kemoterapi yang sudah selesai empat sesi.
"Setakat ini, nampak dia okay lagi cuma emosinya agak 'down' kerana tanya kenapa keadaannya begitu dan rindu juga dengan kawan," katanya.
Image via Harian Metro
Namun, sebagai ibu, Haida sanggup menggantikan anaknya dengan menanggung kesakitan itu namun tiada pilihan melainkan menerima ketentuan Ilahi.
"Jujurnya, waktu awal dulu memang saya pernah persoalkan kenapa anak yang sakit, bukannya saya kerana berat untuk dia tanggung dalam usia muda, tapi perancangan Allah SWT itu lebih baik.
"Kalau saya sakit, macam mana dengan dia dan anak lain. Jadi sebagai ibu, saya akan terus galas tanggungjawab menjaga dan ikhtiar kerana nak tengok anak kembali sihat.
"Kekuatan saya dapat daripada anak dan orang sekeliling, iaitu suami, keluarga dan rakan, kerana ada yang sanggup datang daripada jauh untuk ziarah.
"Ikutkan, saya masih bekerja cuma di luar pejabat dan sehingga Mac depan serta berkemungkinan akan ditamatkan perkhidmatan kerana tidak dapat hadir (ke pejabat secara fizikal). Bagi saya, nyawa anak tak boleh dibeli, jadi mungkin ada rezeki lain di kemudian hari nanti," katanya.
Menurut Haida, buat masa ini, dia dan suami yang bekerja sebagai pemandu lori bersama mengeluarkan belanja untuk keperluan Nur Umairah termasuk lampin pakai buang.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 151071000777 atas nama Haida Pairan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment