[VIDEO] Kakak Terhibur, Adik Lelaki Selalu Menari Depan Rumah Sambut Balik Kerja
Comel je.
Mempunyai adik-beradik sememangnya dapat menghiburkan hati kita
Tambahan lagi, jika adik-beradik kita ada saja gelagat yang lucu ditunjukkan mereka. Memang tak kering gusi dibuatnya.
Sama seperti video ini apabila seorang gadis berkongsi perangai adik lelakinya yang selalu sambutnya semasa pulang kerja telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Sambut kakak balik dengan pelbagai tarian setiap hari
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi gelagat adik lelakinya yang sering berada di depan pintu rumah.
Difahamkan, adiknya itu selalu menyambut si kakak pulang dari kerja dengan tarian setiap hari. Dapat dilihat dalam video ia merupakan hari-hari yang berbeza.
Image via @tirayay (TikTok)
"Bestnya ada orang sambut macam tu, hilang stress kerja" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat adiknya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 157.6K views, 20K likes dan 307 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @tirayay (TikTok)
Image via @tirayay (TikTok)
Image via @tirayay (TikTok)
Image via @tirayay (TikTok)
Hilang penat kerja kakak tengok awak dik :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment