[VIDEO] Kali Pertama Pegang Anak Baru Lahir, Reaksi Lelaki Ini Buat Warganet Terharu
Bagai menatang minyak yang penuh.
Pertama kali bergelar bapa, rasa tanggungjawab dan amanah harus dipikul sepenuhnya
Anak pertama diibaratkan sebagai permata yang berkilau dan menjadi bukti kasih sayang seorang suami dan isteri.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, reaksi seorang lelaki yang pertama kali melihat dan memegang anak pertamanya telah mencuri tumpuan warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teruja lihat anak sendiri, muncul rasa takut dan kekok
Menerusi perkongsian video daripada @robycooks di TikTok, kelihatan seorang lelaki baru saja menimang cahaya mata sulungnya di sebuah hospital.
Lelaki tersebut berjalan dalam keadaan pantas dan teruja kerana ingin melihat anak pertama yang berada di wad bersalin bersama-sama isterinya.
Riak wajahnya yang takut turut mengundang komen warganet bahawa itu merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh para bapa dalam menyambut anak pertama.
Image via @robycooks (TikTok)
Image via @robycooks (TikTok)
Image via @robycooks (TikTok)
"Macam inilah suami saya bila dapat anak pertama" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang meraih 260.7K tontonan, 22.5 tanda suka dan 478 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terharu dan mengucap tanda syukur atas kelahiran anak pertama mereka.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @robycooks (TikTok)
Image via @robycooks (TikTok)
Image via @robycooks (TikTok)
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini :)
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment