[VIDEO] Kantoi Berjoget Masa Hantar Order, Abang foodpanda Ini Buat Netizen Terhibur
Mungkin tu cara dia hilangkan penat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menjadi seorang penghantar makanan sememangnya bukanlah satu kerja yang mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menaiki motor
Mereka terpaksa berpanas dan berhujan demi mencari rezeki yang halal untuk keluarga tercinta. Duit poket pula hanya bergantung pada order harian, sudah pasti pekerjaan ini memerlukan persediaan mental yang kuat.
Namun, baru-baru ini tular satu video rider foodpanda memaparkan dia berjoget TikTok semasa menghantar makanan mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat berjoget untuk video TikTok masa hantar order
Menerusi perkongsian video oleh Mohd Azman, kelihatan rider foodpanda itu seperti baru saja selesai menghantar pesanan di sebuah bangunan kedai.
Namun, ada yang berpendapat dia sedang menunggu pelanggan membuka pintu rumah sehingga sempat menari untuk menghilangkan stres.
Walau bagaimanapun, aksinya itu yang dirakam melalui CCTV ternyata berjaya menghiburkan orang ramai.
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
"Dia boring agaknya tu orang dalam rumah keluar lambat sangat, haha comel abang panda hilang stress dia" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut sehingga kini mencecah 787.9K views, 78.4K likes dan 1.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi rider foodpanda itu yang dikatakan comel.
Malah, ada rider lain yang melakukan perkara sama sepertinya dan sempat meluahkan rasa penat kerana duduk terlalu lama di motor menghadap panas dan hujan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Image via @itsme.mohdazman (TikTok)
Apa salahnya menari sikit kan untuk hilangkan penat bekerja :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment