Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Kecewa Baju Anak Tiba Lepas Raya, Bapa Bertindak Koyak & Buang Dalam Tong Sampah

Kecewa sangat tu tak dapat pakai hari raya pertama.

Cover image via @bangsaonline (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah sebulan kita berpuasa, kini tiba masanya kita meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama

Kebiasaannya, kita pasti akan menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak saudara di kampung. Tentu sekali suasananya sangat meriah dengan kehadiran saudara mara yang jauh datang berkumpul bukan?

Paling penting, pakaian hari raya tidak dilupakan. Kaum lelaki berpakaian baju Melayu dan kaum perempuan pula anggun memakai baju kurung. Cantik-cantik belaka semuanya. Iyalah, nanti nak ambil gambar buat kenangan kan.

Namun, berbeza pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki kecewa sehingga mengoyakkan baju raya anaknya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Baju lambat sampai, bapa bertindak koyakkan terus

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang membuka parcel yang baru diterimanya.

Difahamkan, ia adalah pakaian raya anaknya yang baru saja tiba. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lelaki yang juga seorang bapa itu juga katanya kecewa kerana baju raya yang dijanjikan penjual sampai selepas sambutan hari raya.

Situasi itu membuatkan dia merasa marah dan terus mengoyakkannya sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Image via @bangsaonline (TikTok)

"Anak perempuan bro, anak perempuan itu no 1 untuk ayahnya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 189.4K views, 3,045 likes dan 793 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @bangsaonline (TikTok)

Image via @bangsaonline (TikTok)

Image via @bangsaonline (TikTok)

Image via @bangsaonline (TikTok)

Mungkin ayahnya pun terlalu kecewa baju lambat sangat sampai, tak sanggup nak tunjuk dekat anak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment