[VIDEO] Kena Jerit 'Ooh' Untuk Buka Lampu, Bebelan Tauke Ini Buat Netizen Terhibur
OOoUuoh~
Pencahayaan yang baik adalah penting buat peniaga yang berniaga menggunakan kanopi pada waktu malam
Terutama sekali bagi peniaga yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mereka perlukan pencahayaan yang cukup bagi memastikan mereka boleh memasak dengan baik.
Baru-baru ini tular sebuah video di Facebook memaparkan seorang tauke gerai makanan membebel kepada pekerjanya kerana membeli lampu yang tidak sesuai untuk menjalankan perniagaannya.
Lihat video tersebut di bawah:
Image via Aldrian Willon (Facebook)
Perlu jerit 'ooh' setiap kali lampu terpadam untuk menyalakannya kembali
Menerusi video tersebut, kelihatan tauke gerai makanan itu membebel kepada pekerjanya yang membelikan lampu berkenaan.
Apa yang menghiburkan adalah sambil lelaki itu membebel dia perlu berhenti sekejap dan menjerit 'ooh' bagi menghidupkan kembali lampu yang secara automatik terpadam.
Image via Aldrian Willon (Facebook)
"Dalam marah-marah tu hilang sikit baran bos dia. Taklah stress sangat bos dia" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Facebook, ianya telah meraih sehingga 1.5K likes, 563 comments dan 61.4K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Facebok menunjukkan reaksi terhibur terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:Image via Aldrian Willon (Facebook)
Image via Aldrian Willon (Facebook)
Image via Aldrian Willon (Facebook)
Tak jadi marah, jadi penat dah kalau macam ni :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment