Tidak Puas Hati Keputusan Seri Dengan Malaysia, Penyokong China Minta ‘Refund’ Tiket
Ramai juga yang pergi stadium tengok match malam tu.
Cover image via @magmalaya (Twitter)Sabtu lepas telah berlangsung perlawanan bolasepak persahabatan antarabangsa antara Malaysia dengan China
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Faisal Halim pada minit ke-11 dan jaringan penyamaan oleh Lin Liangming pada minit ke-36.
Selepas sahaja tamat perlawanan telah tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan penyokong China yang membuat protes bagi menuntut refund tiket stadium.
Lihat video tersebut di bawah:
Tidak puas hati seri dengan pasukan yang berada di ranking ke-136 dunia
Menerusi video tersebut, sekumpulan penyokong China tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut disebabkan China berada di ranking yang lebih tinggi iaitu ke-80 dunia hanya mampu seri dengan Malaysia yang berada di ranking yang lebih rendah.
Susulan itu, penyokong-penyokong tersebut membuat protes dan berkumpul bagi menuntut refund. Berdasarkan sebuah tweet dari @magmalaya satu tiket bagi perlawanan itu mencecah melebihi RM200.
Image via @magmalaya (Twitter)
"Entahlah, tapi kalau aku kat tempat diorang aku pun minta refund kot sebab average nak mampos team china tak rupa ranking 80" – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 751.1K views, 3.6K likes dan 1.6K reposts.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @magmalaya (Twitter)
Image via @magmalaya (Twitter)
Image via @magmalaya (Twitter)

