Tular Video Wanita Mahukan Photocard NewJeans, Netizen Pula Kata Wajahnya Mirip Sullyoon
Sama ke?
Umum sedia maklum, promosi terbaru McDonald's kolaborasi bersama NewJeans mendapat sambutan yang ramai
Malah, ramai yang telah menyerbu restoran makanan segera itu bagi mendapatkan koleksi terhad kolaborasi tersebut.
Lihat video tersebut di bawah:
Mempunyai wajah mirip Sullyoon
Menerusi video berkenaan, wanita tersebut dilihat sedang merungut kerana dia tidak berjaya mendapatkan photocard NewJeans yang menjadi rebutan ramai.
Apa yang menarik adalah komen para netizen yang mengatakan wanita tersebut mempunyai wajah mirip Sullyoon, seorang penyanyi dari kumpulan Kpop, NMIXX.
"GAHHAHAHS now that you’ve mentioned, ada la nampak resemblance" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 1.4M views, 153.4K likes dan 7K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!