seismik

Ibu Pelajar Cemerlang Pelik Sikap Anaknya Berubah, Rupa-Rupanya Dibuli Di Sekolah

Satu lagi kes buli yang berlaku.

Cover image via Famellia Fame (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kegiatan buli bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada fizikal malah mental mangsa juga akan terkesan teruk

Walaupun tidak melibatkan fizikal, buli yang berbentuk lisan seperti ejekan dan cacian juga boleh memberi kesan yang teruk pada mental mangsa sehingga memberi kesan kepada rutin hariannya.

Itulah yang kita dapat lihat menerusi sebuah hantaran seorang ibu yang menceritakan kisah anak lelakinya dibuli di sekolah.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Dibuli sejak naik ke sekolah menengah

Menerusi hantaran ibu tersebut, anaknya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan aktif dalam kokurikulum semasa di sekolah rendah. Tambahnya lagi anaknya seorang yang sentiasa bersemangat untuk ke sekolah.

Namun perkara itu berubah sejak anak kepada ibu tersebut masuk ke sekolah menengah di mana dia dilihat sudah mula malas ke sekolah.

Selepas disiasat ibu itu mendapati bahawa anak lelakinya telah dibuli sehingga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah.

"Report terus puan, jangan bagi peluang budak begini" - Netizen

Susulan tularnya hantaran itu, sehingga kini ia telah meraih 1.8K likes, 416 comments dan 2.3K shares di Facebook.

Rata-rata komen yang diberikan netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran itu.

Lihat antara komen netizen Facebook di bawah:

Semoga adik ni cekal dan dipermudahkan urusan keluarga itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: