seismik

"Lah Macam Tu Ke Rupa Dia" - Netizen Berbincang Bagaimana Rupa Sebenar Hantu Pocong

Nasib baik kena tulis artikel ni waktu siang.

Cover image via @kimyaqee2 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang mahu terserempak dengan hantu bukan? Tapi pernahkah kita terfikir bahawa betulkah rupa hantu yang digambarkan di filem-filem seram 100% tepat?

Bagi yang tiada keupayaan melihat benda-benda mistik seperti hantu dan jin, mereka hanya dapat gambaran perkara mistik itu menerusi media.

Namun begitu, baru-baru ini telah tular lakaran hantu pocong oleh @kimyaqee2 di Twitter menunjukkan perbandingan antara gambaran pocong yang digambarkan di media dengan gambaran sebenar hantu itu.

Lihat lakaran tersebut di bawah:

Rupa gambaran pocong yang sebenar berbeza daripada gambaran yang ditunjukkan di media

Walaupun hanya lakaran, gambaran tersebut telah mendapat persetujuan beberapa orang netizen yang membalas ciapan tersebut.

Selain itu terdapat juga quote tweet oleh @pedoqpop membawa perbincangan tentang rupa hantu tersebut yang bukanlah seperti kita jangkakan.

"Pocong ni macam glitch, dia tersangkut-sangkut pastu muncul tempat lain. Bukan melompat-lompat cam orang bodo" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapat 382 reposts, 91 quotes, 1.9K likes dan 372.3K views di Twitter.

Rata-rata komen yang diberikan oleh netizen di Twittter juga memberikan pendapat masing-masing terhadap perbincangan tersebut.

Lihat antara komen menarik netizen Twitter di bawah:


Tak tahu lah info ni penting ke tak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: