seismik

"Gerak Lu Pape Roger" - Pemuda Temui Semula Lelaki Yang Tular Dengan Ayat Viral Ini

Tunjuk video ini pada gen Z untuk kelirukan mereka.

Cover image via @shaeyful (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

'Gerak lu pape roger' telah menjadi frasa yang banyak digunapakai oleh rakyat Malaysia

Sejak tularnya video seorang lelaki yang memakai helmet sambil menyebut frasa tersebut, frasa tersebut telah menjadi fenomena dan banyak digunakan sebagai slang untuk memberitahu bahawa seseorang itu perlu balik.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang dirakam oleh seorang lelaki menemui semula lelaki asal mempopularkan frasa tersebut.

Lihat video berkenaan di bawah:

Sudah tidak ambil 'benda' yang bukan-bukan

Menerusi video yang itu, pemuda tersebut dilihat terjumpa dengan lelaki yang pernah tular suatu ketika dahulu di sebuah kafe.

Dapat dilihat lelaki tersebut merupakan salah seorang staf di kafe berkenaan. Apabila ditanyakan kembali tentang perkara yang dibuatnya di dalam video yang pernah tular lama dahulu, lelaki itu mengatakan yang dia telah tinggalkan kegiatan tersebut.

"The trend setter" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 600K views, 4.2K likes dan 3.6K reposts.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Sampai sekarang orang guna tagline dia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: