[VIDEO] "Kesian Mak Dia" - Anak Buat Prank Tapi Reaksi Ibunya Pula Bikin Terhibur. Lawak!
Sampai cuak mak dia.
Bila sudah berkumpul satu keluarga pasti ada saja aktiviti bersama yang akan dilakukan
Masa inilah yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Bergurau senda, makan bersama, bergelak tawa dan sebagainya. Ianya dapat menghilangkan sedikit sebanyak rasa bosan dan stres selepas seharian penat bekerja.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila dua orang lelaki membuat prank kepada ibunya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat magic prank hilangkan ibu mereka sampai menangis
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang bergurau bersama ibu mereka dengan membuat silap mata yang boleh menghilangkan si ibu.
Kelihatan si ibu sudah bersedia dengan duduk ai atas kerusi dan seorang anak lelakinya mula menutup dengan kain sambil membaca mantera.
Selepas membaca mantera tersebut, si anak membuka kain itu dan berpura-pura terkejut seperti ibunya telah hilang dari pandangan.
Image via googleapis.com
Apa yang lebih melucukan adalah apabila si ibu dilihat banyak kali melakukan pelbagai cara supaya anak-anaknya itu dapat melihat dirinya.
Namun, mereka berpura-pura tidak nampak si ibu sehingga wanita itu menangis. Di akhir video akhirnya, kedua-dua anaknya tertawa apabila melihat gelagat ibu mereka.
"Macam mana dorang tahan gelak? aku awal-awal dah gelak. Part tepuk tangan tu kelakar" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan meluahkan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
Malah, ada juga yang merasa kasihan kepada wanita itu kerana terlalu percaya dengan silap mata si anak.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 136.7K views, 7,836 retweets dan 7,851 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Kesianlah kat mak dia kena prank dengan anak macam ni :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment