[VIDEO] "Cucuk Orang Tak Takut" - Nurse Ini Tarik Nafas Panjang Bila Nak Kena Injection
Nurse pun takut rupa-rupanya.
Apabila kena injection pasti kita akan merasa sikit ketakutan dalam hati bukan?
Namun, ada juga yang tidak takut dengan suntikan ini. Mereka kelihatan tenang dan tidak cepat merasa takut seperti sesetengah orang.
Bukan hanya kanak-kanak yang akan merasa takut bila tiba turn nak kena injection, tetapi orang dewasa pun ramai yang mengalami situasi sama.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang nurse perlu menerima suntikan sehingga membuatkan dia merasa gementar.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selalu pesan dekat orang supaya tenang bila kena injection, tapi bila tiba turn sendiri rasa cuak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang nurse perempuan semasa itu perlu menerima satu suntikan.
Apa yang lebih melucukan, nurse itu dilihat seperti sedikit ketakutan dan siap memandang ke arah lain semasa ingin dicucuk sambil diusik oleh rakan-rakannya.
Malah dalam part 2 video tersebut turut memperlihatkan rakan kepada nurse itu menerima suntikan berkenaan.
Dia secara tidak sengaja telah menepuk tangan anggota perubatan yang mengambil suntikan itu. Lelaki itu turut meminta gadis berkenaan untuk bertenang dan membaca Bismillah berulang kali.
Lihat video penuh part 2 itu di bawah:
"Sampai silang kaki tu sebab nak tahan sakit" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa terhibur melihat video tersebut.
Ada juga yang tidak menyangka bahawa rupa-rupanya petugas perubatan yang selama ini pandai menenangkan orang ramai untuk mengambil suntikan juga takut kepada jarum.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3601 likes, 279 comments dan 35 shares di TikTok.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: