[VIDEO] "Kucing Pesta Pasir" - Satu Rumah Berdebu Gara-Gara Si Bulus Ini Raih Tawa Ramai
Kemain dia berpesta ya!
Siapa yang memelihara kucing pasti akan ada momen mesti rumah bersepah dek gara-gara kenakalan si bulus bukan?
Kita keluar bekerja tinggalkan rumah dalam keadaan bersih. Tetapi pulang saja dari rumah habis bersepah dikerjakan si bulus itu. Seolah-olah seperti ada pesta di dalam rumah.
Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki menunjukkan situasi rumahnya dipenuhi pasir angkara kucing peliharaannya telah meraih perhatian warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru beberapa jam ditinggalkan, habis sepah dibuatnya
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan keadaan rumahnya penuh dengan pasir angkara kenakalan kucing-kucing peliharaannya.
Difahamkan, dia keluar meninggalkan rumahnya hanya beberapa jam sahaja. Sebaik sahaja pulang, dia terkejut melihat rumahnya penuh dengan pasir pasu bunga yang berada di ruang tamu.
Mungkin memahami perasaan tuannya, si bulus terus bermanja di kaki tuannya seolah-olah tidak mahu dimarahi akibat perbuatannya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Saya pergi Langkawi seminggu. Bila balik rumah, kucing saya buat pesta minyak dalam rumah. 2 paket minyak habis" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 197.8K views, 16.1K likes dan 353 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si bulus itu. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman mereka ketika kucing peliharaan mereka buat hal ketika tuannya tiada di rumah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @aqim_zaynn (TikTok)
Image via @aqim_zaynn (TikTok)
Image via @aqim_zaynn (TikTok)
Image via @aqim_zaynn (TikTok)
Habislah, lepas ni confirm tuan dia lap lantai guna badan si bulus je tu :P
Image via Giphy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment