[VIDEO] Kreatifnya Lelaki Ini Nyanyi Lagu Happy Birthday Pada Rakan. Siap Bertaranum!
Bosan kan kalau asyik nyanyi stail sama je lagu happy birthday.
Siapa je yang tak suka sambut hari ulang tahun kelahiran kan?
Image via Giphy
Kalau dilihat sekarang ini dah berbagai trend sambutan hari kelahiran, ada yang sambut secara besar-besaran, bersama orang tersayang atau pun rakan-rakan buat surprise birthday party. Best-nya!
Namun begitu, tidak kiralah apa cara sekalipun sambutan birthday, yang penting adalah perasaan dihargai dan momen bersama mereka yang mengingati hari kelahiran kita.
Bagaimanapun, kalau dah saban tahun asyik dengar lagu happy birhday yang sama je, bosan jugalah kan?
Tidak mahu terikat dengan stail nyanyian lagu hari lahir yang sama, lelaki ini tampil dengan gaya kreatif dan bersahaja saat menyanyikan lagu happy birthday kepada rakannya di dalam sebuah video yang tular di laman Twitter.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 38 saat yang dikongsi oleh pengguna Twitter, Mhdhilmiii itu telah mendapat lebih 25 ribu ulang kicau dan 26 ribu tanda suka.
Image via Twitter @mhdhilmiii
Lihat video penuh di bawah:
Susulan itu, kelihatan ramai yang terhibur dengan cara nyanyiannya yang bersahaja serta kekal in character menyanyikan lagu tersebut sehingga tamat
Alahai, memang cool habis dia nyanyikan lagu tu. Memang patut ramai yang terhibur!
Macam-macam stail sambutan hari lahir sekarang ni:
Leave a comment