[VIDEO] Lama Sangat Nak Tunggu Chat, Gadis Siap Buat Group Berkenalan 'Jodoh' Untuk Rakan
Idea yang bagus.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai di sini yang sedang mencari jodoh tapi malu untuk memulakan langkah betul tak?
Lebih-lebih lagi buat para wanita kerana mereka kebiasaannya memikirkan lelaki lah yang perlu memulakan langkah. Namun, itu semua terpulang kepada fikiran individu masing-masing.
Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini, memaparkan seorang gadis membuat group WhatsApp buat rakan perempuan dan lelakinya untuk berkenalan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah lama suruh chat, tapi masing-masing berdiam diri
Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi dia terpaksa membuat group WhatsApp buat rakannya untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
Difahamkan, dia sebelum ini ada menyuruh mereka berdua untuk berkenalan tetapi sehingga sekarang tidak bermesej.
Perkara itu membuatkan dia membuat group di WhatsApp yang terdiri daripada rakan perempuan dan lelakinya untuk berkenalan. Malah, dia siap menulis 'goodluck' dan terus left dari group itu.
Image via @cekqilaa (TikTok)
Image via @cekqilaa (TikTok)
"Bagus dapat member macam ni, so susahlah nak single lama-lama" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 691.7K views, 50.3K likes dan 2,680 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @cekqilaa (TikTok)
Image via @cekqilaa (TikTok)
Image via @cekqilaa (TikTok)
Image via @cekqilaa (TikTok)
Image via @cekqilaa (TikTok)
Lepas ni ramailah minta member buat group macam ni juga :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment