seismik

[VIDEO] Teruja Nak Sambut Birthday, Gadis Tak Sedar Rambut Terkena Lilin Jadi Perhatian

Nasib baik sempat selamatkan.

Cover image via @khosysiregar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya bila tiba hari jadi kita atau seseorang pasti kita akan menyambutnya bersama bukan?

Tidak kiralah hari jadi sendiri, ahli keluarga ataupun rakan. Kek itu memang wajib ada pada hari tersebut, ditambah lagi dengan tiupan lilin.

Namun, lain pula dengan video gadis ini apabila tidak menyedari rambutnya terbakar terkena lilin kek telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sedar rambut terbakar sebab terkena lilin kek

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di salah sebuah restoran bersama dengan rakan-rakannya yang lain.

Kelihatan sebuah kek berada di hadapannya untuk disambut bersempena hari jadi gadis itu. Namun, sedang asyik berborak, dia tidak sedar yang rambutnya itu terkena pada lilin menyebabkan rambutnya sedikit terbakar.

Mujur saja rakannya menyedari perkara itu dan dia cepat-cepat menghapuskan api itu daripada membara.

"That was a sneak peek, hahaha jk" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.2M views, 253.5K likes dan 2,048 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Aduhai, kita pula yang cuak tengok dia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: