seismik

[VIDEO] "Apa Perangai Ni" - Lagi Kambing Buat Hal, Kali Ini Yang Nama Ghazali & Latifah

Macam mana pula boleh tersangkut tu.

Cover image via @kambingyanganeh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai haiwan peliharaan atau ternakan sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi

Hal ini kerana ada kalanya perangai mereka yang membuatkan kita pening dibuatnya. Ada saja ragam yang ditunjukkan. 

Jika sebelum ini tular sebuah video seorang lelaki berkongsi perangai kambingnya yang bernama Lokman, kali ini lelaki tersebut turut berkongsi perkara yang sama mengenai haiwan ternakannya, namun kali ini yang bernama Ghazali dan Latifah.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pening kepala tengok kambing tersangkut sesama sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi perangai kambingnya yang bernama Ghazali dan Latifah.

Dia menunjukkan kambingnya itu tersangkut di atas badan masing-masing. Perkara itu membuatkan dia pening kepala dan mula membebel kepada mereka dan bertanya mengapakah ia boleh jadi begitu.

"Kambing abang tak ada yang normal ke" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kambing lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 819.6K views, 52.3K likes dan 2,588 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam hal lah kan. Pening kepala tuan korang tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: